Home » » Tanah Ini Milik Kami Gabungkan Artis Popular Malaysia

Tanah Ini Milik Kami Gabungkan Artis Popular Malaysia

Written By Dedi E Kusmayadi Soerialaga on Selasa, 15 Juli 2014 | 7/15/2014


Sebuah karya indah yang menggabungkan artis-artis popular Malaysia.Lagu yang bertemakan perjuangan Palestina ini diberi judul Tanah Ini Milik Kami. Percaya bahawa sesungguhnya perjuangan ini adalah perjuangan bersama, maka Faizal Hijjaz telah menghasilkan lagu yang sungguh indah ini menggabungkan barisan artis ternama tanahair dalam sebuah lagu. Antara artis yang terlibat ialah : Dato’ Ramli Sarip, Hijjaz, Rabbani, Nash, Nazrey Johani, Ustaz Amal, Inteam, Saujana, Muadz, Mestica, UNIC, The Muhibbains, Heliza Helmi, Salima Habibi, Taleeb Mizad, Ainan Tasneem, Daus AF, Nabil Far East, Altimet, Hufaz, Safiyya, Ali Din dan Shahamah

Selain itu, lagu ini turut menampilkan pemuzik handalan seperti Man Kidal, Along Exist, Ujang, Kelly dan Wan Saleh. Video ini telah ditaja oleh Creativo. Dihasilkan oleh Hijjaz Records untuk MAPIM. Sebagai bonus, kami sertakan di bawah beberapa gambar disebalik tabir pembikinan klip video dan lirik “Tanah Ini Milik Kami”.


TANAH INI MILIK KAMI

Di tanah ini tersimpan lembaran cerita
Perebutan daerah menindas menghina
Nyawa jadi taruhan tanpa belas kasihan
Anak-anak kecil dibunuh kejam
Berapa banyak lagi ratapan dunia ini
Tertuju hingga kalimah Mu terhunjam

Takbir Mu bergema tasbih Mu bergelora
Berkumandang megah di bumi merdeka Gaza di Palestin

Pertama AQSA matlamat kami
Kedua syahid idaman kami
Ketiga membantu bersama kami
Keempat tanah ini milik kami

Mari bersama kita bangun
Membenteras segala kekejaman
Seiring kata menyuara kezaliman
Bersatu kita teguh membahu dan membantu

Dengan nama yang Maha Esa
Mohon ampunkan dosa-dosa mereka
Mungkin mereka tidak tahu
Tindak tindas mereka itu salah laku
Ya Rahman suluhkan pencerahan
Sambil saudara ku di sana untuk bertahan
Hingga keamanan lahir dari berantakan
Esok kembali cerah lepas gelap semalaman


Semoga Palestin dapat dibebaskan dari cengkaman Israel laknatullah.

#PRAYFORGAZA #SAVEGAZA

0 comments:

Alhamdulillah wa'syukurilah Bersyukur padamu ya Allah Kau jadikan kami saudara, Indah dalam kebersamaan

UP DATE VIDEO PKS

TOTAL LAYANGAN BULAN INI

TRENDING

 
Copyright © PKS DPC Sumedang Utara - All Rights Reserved
    Facebook Twitter YouTube