Home » , » Sampaikanlah Dariku Walaupun Sepotong Ayat

Sampaikanlah Dariku Walaupun Sepotong Ayat

Written By Dedi E Kusmayadi Soerialaga on Rabu, 05 November 2014 | 11/05/2014

http://pks-dpcsumedangutara.blogspot.com/2014/11/sampaikanlah-dariku-walaupun-sepotong.html 
 


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.

Faedah daripada Nas

Hadis yang dibincangkan di atas telah dituturkan oleh Baginda s.a.w. dalam redaksi yang agak panjang dan saling memerlukan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »

Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Antara faedah-faedah yang boleh dipetik daripada hadits ini :

1)Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada seluruh umatnya supaya sentiasa
menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada saudaranya yang lain, walaupun hanya sepotong ayat.

2)Berusahalah menyampaikan apa jua kebaikan kepada masyarakat, kerana ganjarannya begitu besar seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat Bukhari : “Demi Allah, sekiranya seorang lelaki memperoleh hidayah (daripada Allah)kerana (usaha) kamu, itu lebih baik untuk mu daripada nilai unta merah (sesuatu yang sangat berharga).”

3)Kalimah ‘Anni (dari ku) menunjukkan bahawa ilmu yang benar adalah sesuatu yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Daripada Rasulullah s.a.w. samalah juga daripada Allah s.w.t. kerana tutur kata Baginda s.a.w. adalah wahyu daripadaNya.

4)Ancaman keras daripada Rasulullah s.a.w. kepada mereka yang menyampaikan sesuatu tetapi mendustai nya, atau dalam erti kata lain, menyandarkan sesuatu itu daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda s.a.w. langsung tidak pernah bersabda mengenai perkara itu. Takutlah dengan ancaman keras ini !!!

5)Sepatah perkataan yang keluar berlandaskan ilmu adalah lebih baik daripada omongan panjang tetapi kosong daripada hidayah. Berhati-hatilah ketika berbicara, kerana satu patah perkataan yang keluar akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Jalla wa ‘Ala.


Wallahu ‘Alam.

0 comments:

Alhamdulillah wa'syukurilah Bersyukur padamu ya Allah Kau jadikan kami saudara, Indah dalam kebersamaan

UP DATE VIDEO PKS

TOTAL LAYANGAN BULAN INI

TRENDING

 
Copyright © PKS DPC Sumedang Utara - All Rights Reserved
    Facebook Twitter YouTube